PENGENALAN

1 comment:

  1. PENGENALAN


    Program Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) SMK Tenang Stesen ditubuhkan pada 01 Januari 2009 dengan murid rintis seramai 9 orang. Program ini diterajui oleh Puan Nadira Binti Mohamad Khalid selaku tenaga pengajar dan dibantu oleh seorang pembantu pengurusan murid (PPM).Tahun 2013 En.Zulkifli bin Saat telah menjadi Penyelaras mengantikan Puan Nadira,kami mempunyai 3 orang guru dan 2 orang PPM .

    Program Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) ini merupakan satu program yang direka khusus bagi murid sekolah menengah yang berumur 13 hingga 19 tahun yang menyediakan pengalaman pembelajaran mengikut potensi dan keupayaan diri seseorang murid. Murid-murid pendidikan khas dalam kategori bermasalah pembelajaran ini pula terdiri daripada pelbagai kategori seperti terencat akal ringan, perkembangan lewat/lambat, autisme ringan, sindrom down, cerebral palsi ringan, hiperaktif ringan, bermasalah emosi dan tingkahlaku, penumpuan singkat (ADHD), bermasalah pertuturan dan masalah-masalah pembelajaran yang lain. Murid-murid yang mengikuti program ini telah dikenalpasti dan disahkan oleh pengamal perubatan mengalami masalah tertentu yang dinyatakan selain mampu mengurus diri serta mampu mengikuti sesi pembelajaran secara terkawal.


    Konsep

    Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Menengah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang berumur 13 hingga 19 tahun .

    Matlamat

    Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas, memupuk sikap dan tingkah laku positif dan kemahiran berdikari sebagai persediaan untuk kehidupan selepas alam persekolahan.

    ReplyDelete